Skip to main content
Tentang kami

Dibina oleh seorang penulis,
untuk rakan penulis.

Arcavia bermula kerana rasa kecewa dengan platform penulisan yang bertindak menulis untuk saya, mencadangkan ayat yang tanpa memahami konteks, atau dibina untuk penulis yang berada di San Francisco, menggunakan nilai Dollar (mahal sangat walaupun harganya cuma USD4.99). Saya cuma mahukan ruang penulisan dalam Bahasa Melayu di Malaysia dan harga pelan menggunakan Ringgit Malaysia.

Keutamaan saya adalah satu ruang yang dapat membantu dalam melihat perkembangan penulisan saya sendiri. Dimana setiap bab ditulis dan diolah dengan usaha saya sendiri tanpa sebarang cadangan automatik. Saya mementingkan privasi, jadi privasi karya mestilah merupakan hak saya sendiri tanpa diganggu oleh sebarang kecerdasan buatan.

Maka saya wujudkan Arcavia. Sebuah medan penulisan yang bebas AI untuk novelis dan pencerita seperti saya samada dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, atau kedua-duanya.

Arcavia ini masih diperingkat awal. Tetapi jika anda juga merasakan bahawa kreativiti anda layak mendapat ruang yang melindunginya, maka Arcavia ini dibina untuk anda.

- Pengasas Arcavia

& Pasukan penulis yang tak nak bayar guna USD lagi

Apa yang kami percaya

Tatacara Kami

Ikrar Tiada AI

Arcavia tidak menggunakan AI untuk menjana atau melengkapkan ayat anda secara automatik, belajar daripada cerita anda, atau menjual data penulisan anda. Ini adalah keputusan untuk melindungi kreativiti anda. Cerita anda sepenuhnya hak milik anda.

Setiap perkataan, milik anda

Kami membina Arcavia kerana kami percaya pada hak kreativiti anda. Tiada autocomplete, tiada ghost-writing, tiada cadangan tanpa konteks. Hanya imaginasi anda tertulis di setiap halaman.

Dibina untuk komuniti kita

Aksara kita, jiwa kita. Arcavia dibina untuk penulis Malaysia yang kebanyakkannya menggunakan dwibahasa. Memastikan penulisan kreatif anda terasa lebih dekat, dan lebih bermakna.

Privasi pada setiap cerita

Privasi anda, kawalan anda. Karya di Arcavia tidak dipaparkan secara terbuka untuk ulasan umum. Akses hanya diberikan kepada penerbit secara eksklusif apabila anda bersedia untuk proses penilaian dan penerbitan.

Metrik melalui data kraf

Arcavia cuma menjadi pemacu hasil penulisan anda. Kami menggunakan data penulisan anda hanya untuk satu tujuan, membantu anda melihat perkembangan naskhah anda sendiri. Data ini adalah sulit, kekal di dalam simpanan Arcavia, dan tidak dikongsi dengan mana-mana pihak.

Ingin menghubungi kami?

Kami membaca setiap mesej daripada anda. Sama ada permintaan penambahbaikan, laporan kerosakan pepijat, atau hanya ingin berbual tentang dunia penulisan di Malaysia — kami mendengar pendapat anda.

Hubungi Kami